Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Majlis Olimpik Malaysia mengalu-alukan keputusan Malaysia untuk menerima tawaran menjadi tuan rumah Sukan SEA 2027 dan melihatnya sebagai peluang penting untuk mengaktifkan semula industri sukan negara. Foto MOM (FB)

Penganjuran Sukan SEA 2027 bawa manfaat besar kepada pelbagai sektor

ByBernama

KUALA LUMPUR, 29 Ogos: Majlis Olimpik Malaysia (MOM) hari ini mengalu-alukan keputusan Malaysia untuk menerima tawaran menjadi tuan rumah Sukan SEA 2027 dan melihatnya sebagai peluang penting untuk mengaktifkan semula industri sukan negara.

MOM dalam satu kenyataan menyatakan bahawa penganjuran sukan dwitahunan itu buat kali ketujuh akan memberikan manfaat besar merentasi sektor politik, ekonomi dan sukan, sekali gus mewujudkan impak positif di seluruh negara.

“MOM merakamkan penghargaan yang tinggi kepada Kerajaan Malaysia kerana bersetuju untuk menganjurkan edisi 2027.

“Keputusan ini menggariskan komitmen Malaysia yang tidak berbelah bahagi untuk mempromosikan sukan dan memupuk kerjasama serantau,” menurut kenyataan itu.

Rekod prestasi Malaysia berjaya menganjurkan Sukan SEA, sebelum ini dikenali sebagai Sukan Asia Tenggara (SEAP), termasuk tahun 1965, 1971, 1977, 1989, 2001 dan 2017.

Kali terakhir menjadi tuan rumah, Malaysia dinobat sebagai juara keseluruhan dengan pencapaian membanggakan dan memenangi 145 emas, 92 perak dan 86 gangsa.

Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) sebulat suara memberikan Malaysia, menerusi MOM sebagai Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan (NOC), hak penganjuran Sukan SEA 2027 pada 2022.

Keputusan itu selaras dengan penganjuran Thailand dan Singapura masing-masing pada 2025 dan 2029.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan