Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (dua, kanan) bersama Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Chang Lih Kang (dua, kiri) hadir ke Majlis Pelancaran MyGenom di Auditorium Perdana di Institut Kesihatan Negara (NIH) Setia Alam hari ini. Foto Dr Dzulkefly Ahmad (FB)

Pegawai perubatan ‘on call’ dijangka terima berita gembira pada Belanjawan 2025 – Dzulkefly

ByBernama

SHAH ALAM, 29 Ogos: Pegawai perubatan sektor awam dijangka menerima berita gembira berhubung semakan semula kadar elaun bertugas atas panggilan atau ‘on-call’ tidak lama lagi, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata perkara itu telah dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang lalu dan mendapat reaksi positif Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kita telah mendapat respons yang positif daripada Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan dan setakat ini, kita menunggu amaun (elaun),” katanya sambil membayangkan perkara itu akan diumumkan semasa pembentangan Belanjawan 2025 akan datang.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis pelancaran Projek MyGenom di Institut Kesihatan Negara di sini hari ini yang turut dihadiri Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang.

Pada 24 Ogos lepas, Dzulkefly dilaporkan berkata cadangan daripada Kumpulan Hartal Doktor Kontrak (HDK) berhubung kadar elaun tugas atas panggilan petugas perubatan akan diteliti dan dibawa kepada Perdana Menteri untuk dipertimbangkan.

Berhubung isu kekurangan insulin, Dzulkefly meminta masyarakat supaya tidak panik dan memberi jaminan tiada pesakit akan dibiarkan pulang dengan ‘tangan kosong’ dengan dibekalkan ubatan diperlukan berdasarkan pemeriksaan pakar perubatan yang merawat mereka.

“Saya sendiri terlibat dalam memastikan komitmen untuk kita dapatkan insulin daripada sumber lain dan Agensi Pengawalseliaan Farmaseutikal Kebangsaan (NPRA) juga akan memberikan laluan cepat untuk pendaftaran baharu insulin.

“Jika ada mana-mana kemudahan atau klinik yang mengalami kekurangan, pesakit akan segera digerakkan ke fasiliti berdekatan. Jadi jangan terlalu risau, kita yakin doktor tidak akan menjejaskan kesihatan pesakit mereka,” katanya.

Sebelum ini, Kementerian Kesihatan mengesahkan Malaysia tidak mengalami krisis kekurangan bekalan insulin untuk pesakit dan bekalan semasa mencukupi hingga hujung tahun ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan