Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Objektif kajian antara lain adalah untuk memahami dan mengukur tahap kepuasan pengguna terhadap perkhidmatan penyiaran.

MCMC jalankan Survei Kepuasan Pelanggan Penyiaran Persendirian

ByAyson Aquino

KUCHING, 29 Ogos: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) kini menjalankan Survei Kepuasan Pelanggan Penyiaran Persendirian bagi perkhidmatan penyiaran televisyen dan radio di Malaysia.

MCMC memaklumkan bahawa objektif kajian ini, antara lain adalah untuk memahami dan mengukur tahap kepuasan pengguna terhadap perkhidmatan penyiaran.

 

“Mengambil masa sekitar 10 minit sahaja, survei ini mengandungi beberapa soalan mudah dan tersedia dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

“Semua maklumat peribadi akan dirahsiakan oleh MCMC dan akan digunakan hanya untuk tujuan survei ini sahaja,” kata MCMC menerusi kenyataan pada Rabu.

Menurut kenyataan itu lagi, survei ini akan membantu MCMC terus memantau dan meningkatkan keperluan serta jangkaan pengguna terhadap perkhidmatan penyiaran swasta di Malaysia.

Orang ramai boleh mengakses tinjauan ini menggunakan pautan ini atau dengan mengimbas kod QR ini:

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan