Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mohamad menerima kunjungan hormat Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Tawfiq Fawzan Muhammed Al-Rabiah bersama delegasinya di Wisma Putra, Putrajaya. Foto Facebook Mohamad Hasan

Malaysia, Arab Saudi bincang usaha tambah baik hubungan dua hala

ByBernama

KUALA LUMPUR, 29 Ogos: Malaysia dan Arab Saudi semalam membincangkan usaha untuk menambah baik lagi hubungan dua hala, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau menerusi catatan di Facebook berkata perbincangan itu berlangsung semasa menerima kunjungan hormat Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Muhammed Al-Rabiah bersama delegasinya di Wisma Putra, Putrajaya.

Katanya, antara yang dibincangkan termasuk menambah jumlah pelaburan ke Malaysia, tambahan bilangan penerbangan antara Kuala Lumpur dan Jeddah serta menambah jumlah tajaan untuk pelajar-pelajar Malaysia ke Arab Saudi.

Menurut beliau Majlis Perundingan Arab Saudi-Malaysia telah dipersetujui untuk dipengerusikan bersama oleh Menteri Luar kedua-dua buah negara. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan