Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Fatimah Abdullah bersama-sama keluarga mangsa bot karam di Lundu pada Khamis. Foto TVS

Laksana protokol keselamatan lebih ketat

LUNDU, 29 Ogos: Protokol keselamatan lebih ketat perlu diambil bagi mengelak dan meminimakan tragedi bot karam daripada berulang.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, kesedaran tentang keselamatan air terutama di kawasan pedalaman amat penting dan semua pihak perlu menggembleng tenaga dalam mendepani isu tersebut.

“Kita perlu menyediakan kawasan atau melantik individu yang menjaga laluan lintasan kanak-kanak di kawasan sungai ini sama seperti laluan pejalan kaki di sekolah di kawasan darat.

“Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) perlu memainkan peranan dalam membantu memastikan keselamatan anak-anak  sama ada di sungai atau darat terutama di waktu puncak.

“Kalau diikutkan peraturan sekolah, bot membawa kanak-kanak sekolah mesti dilengkapkan dengan jaket keselamatan, tapi kalau ini tidak dikuatkuasakan, ia menjadi satu masalah,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan sumbangan kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam insiden bot karam di Sungai Kayan, Kampung Selampit pada 20 Ogos lalu di Lundu pada Khamis.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Opar, Billy Sujang turut berkongsi langkah proaktif segera dalam mendepani isu berkaitan keselamatan penduduk kampung dengan menyediakan bot penumpang lebih sesuai dengan keadaan topografi dan aliran sungai serta kapasiti penumpang.

“Kita meminta Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di kawasan ini menubuhkan satu jawatankuasa keselamatan yang melibatkan pelbagai termasuk PIBG kerana mereka juga turut membantu serta memantau keselamatan ini kelak,” katanya.

Pada 20 Ogos lalu, sebuah bot yang dinaiki 20 individu termasuk seorang wanita dewasa dan seorang pengemudi bot serta 15 pelajar karam di Sungai Kayan, Lundu dan mengorbankan tiga pelajar sekolah menengah berusia antara 14 hingga 16 tahun. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan