Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Jalan susur keluar Bulatan Riveredge ditutup

ByCheryl Syahmina Toh

KUCHING, 29 Ogos: Jalan susur keluar Bulatan Riveredge menuju ke Jalan Tun Abdul Rahman Yaakub ditutup mulai 2 sehingga 13 September 2024 bermula pada jam 6 hingga 9 pagi.

Menurut kenyataan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) hari ini, penutupan tersebut bagi memastikan kelancaran trafik semasa tempoh penutupan dijalankan.

“Penutupan susur keluar dari Bulatan Riveredge dilakukan bertujuan membuat kajian aliran trafik di Jalan Tun Abdul Rahman Yaakub,” menurut kenyataan DBKU.

Semasa penutupan jalan di susur keluar Bulatan Riveredge dilakukan, pengguna jalan raya dinasihatkan menggunakan jalan alternatif lain iaitu simpang keluar dari Jalan Merdeka.

Oleh itu, DBKU mmenggesa pengguna jalan raya merancang perjalanan mereka dengan sewajarnya serta mematuhi tanda arah lalu lintas ditetapkan.

“DBKU memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dialami,” jelas kenyataan tersebut. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan