Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kes itu mendapat liputan meluas di Sepanyol kerana bapa defendan Rodolfo Sancho adalah seorang pelakon terkenal, dan ramai wartawan Sepanyol telah terbang ke sini untuk perbicaraan. Foto AFP

Anak pelakon terkenal Sepanyol dipenjara seumur hidup

ByAFP

KOH SAMUI, THAILAND, 29 Ogos: Anak lelaki kepada seorang pelakon terkenal Sepanyol dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup atas jenayah membunuh dengan kejam seorang pakar bedah plastik warga Colombia di pulau percutian tropika, Koh Phangan tahun lalu.

Mahkamah Wilayah Koh Samui hari ini menjatuhkan hukuman tersebut ke atas Daniel Sancho Bronchalo, 30, yang didapati bersalah atas pembunuhan Edwin Arrieta Arteaga yang dirancang di pulau tersebut.

Kes itu mendapat liputan meluas di Sepanyol kerana bapa defendan Rodolfo Sancho adalah seorang pelakon terkenal, dan ramai wartawan Sepanyol telah terbang ke sini untuk perbicaraan.

Bussakorn Kaewleeled, peguam untuk keluarga mangsa, berkata mereka gembira dengan keputusan itu.

“Plaintif berpuas hati dengan hukuman itu kerana dia akan dimasukkan ke dalam penjara seumur hidup dan mereka (keluarga mangsa) akan menerima sedikit pampasan kewangan,” kata Bussakorn kepada pemberita di luar mahkamah di sini.

“Keputusan telah disampaikan, kedua-dua pihak mempunyai hak untuk merayu mengikut undang-undang Thailand,” tambah Bussakorn.

Ketika ditanya mengenai reaksi Sancho, Bussakorn berkata: “Dia sedih, tetapi kita tidak boleh melupakan kehilangan yang mati”.

Sancho mendakwa dia membunuh Arrieta, 44, untuk mempertahankan diri, dan mengaku menyembunyikan mayat itu, tetapi menafikan memusnahkan pasport warga Colombia itu.

Sancho didakwa mencincang mayat Arrieta dan memasukkan bahagian yang dipotong tersebut ke dalam beg plastik sebelum mennyembunyikannya di sekitar Koh Phangan.

Walaupun Thailand masih mempunyai hukuman mati untuk beberapa jenayah, termasuk pembunuhan yang dirancang, ia jarang melaksanakan hukuman mati, yang terakhir adalah pada 2018.

Keluarga Arrieta berkata sebelum keputusan itu bahawa mereka lebih suka hukuman penjara seumur hidup.

“Biarkan dia ditinggalkan di Thailand supaya dia boleh mengambil masa, sepanjang masa yang Tuhan berikan kepadanya untuk hidup, untuk memikirkan apa yang dia lakukan,” kata Darling Arrieta, kakak mangsa, dalam dokumentari HBO mengenai kes itu.

“Dia bukan sahaja memotong saudara saya, dia memecah belah keluarga,” katanya.

Menurut rekod, Sancho dan Arrieta bersetuju untuk bertemu secara peribadi selepas mengenali satu sama lain secara dalam talian.

Bapa Sancho dalam dokumentari yang disiarkan HBO yang sama bahawa Arrieta telah mengancam anaknya, dan kemudian “berlaku pergaduhan, dan dalam pergaduhan ini, berlaku kemalangan”.

Pihak pembelaan berhujah bahawa Sancho bertindak dalam mempertahankan diri yang sah selepas Arrieta cuba memaksanya melakukan hubungan seks.

“Dia cuba merogol saya, dan kami bergaduh,” kata Sancho dalam satu kenyataan yang dipetik oleh akhbar harian Sepanyol El Mundo.

Seorang peguam untuk keluarga mangsa, Juan Gonzalo Ospina, berkata dalam temu bual dengan El Mundo baru-baru ini bahawa Sancho menjalani “realiti palsu”.

Ospina berkata, pada perbicaraan April lalu, Sancho telah membeli pisau, beg plastik dan bekalan pembersih sebelum jenayah itu, dan menyimpannya di dalam bilik tempat pembunuhan itu berlaku. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan