Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan delegasi Kerajaan Sarawak bergambar bersama Timbalan Menteri Perdagangan Australia Tim Ayres pada Forum Perniagaan Australia-ASEAN di Sydney, hari ini. Foto Aziz Soleh (TVS)

Abang Johari seru kerjasama Australia-ASEAN pacu ekonomi hijau global

ByRadzi Ahmad

SYDNEY, 29 Ogos: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyeru agar negara-negara ASEAN dan Australia menjalinkan kerjasama bagi memacu transformasi ekonomi hijau global.

Beliau menekankan keperluan untuk inovasi dan kerjasama dalam menangani cabaran alam sekitar dan ekonomi pada masa depan.

“Ketika kita melangkah ke hadapan, kita perlu memisahkan pertumbuhan ekonomi kita daripada kesan terhadap alam sekitar, sambil memastikan pertumbuhan itu inklusif dan diagihkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Forum Perniagaan Australia-ASEAN 2024 bertajuk ‘Sarawak: The Powerhouse Of Green Economy In ASEAN’ di Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC) Sydney, Australia pada Khamis.

Dalam pada itu, Abang Johari turut menekankan usaha berterusan Sarawak untuk beralih ke arah ekonomi hijau, sambil menegaskan kepentingan kerjasama serantau dalam mencapai matlamat itu.

“Kita tidak boleh melakukannya sendirian. Saya menjemput anda semua untuk memperkukuhkan kerjasama Australia-ASEAN dengan kami dalam inovasi dan kolaborasi ekonomi,” tambahnya.

Forum Perniagaan Australia-ASEAN 2024 menghimpunkan pemimpin dari pelbagai sektor untuk membincangkan isu-isu seperti pertanian, keselamatan makanan, dan tenaga boleh diperbaharui.

Premier Sarawak dan delegasi Kerajaan Sarawak hadir di forum itu di bawah rangka lawatan rasmi ke Australia dari 26 hingga ke 30 Ogos.

Turut hadir, Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Datuk Dr Hazland Hipni, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki dan Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Fazzrudin Abdul Rahman. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan