Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Untung bersih suku kedua Cahya Mata Sarawak melonjak kepada RM33.37 daripada RM26.35 juta pada suku yang sama tahun lepas.

Untung bersih suku kedua Cahya Mata melonjak RM33.37 juta

ByConnie Grace

KUCHING, 28 Ogos: Keuntungan bersih Cahya Mata Sarawak pada suku kedua tahun melonjak kepada RM33.37 daripada RM26.35 juta pada tempoh yang sama tahun lepas.

Memetik portal Dagang News, Cahya Mata Sarawak merekodkan keuntungan bersih sebanyak 26.6 peratus tahun ke tahun didorong oleh margin keuntungan kasar yang lebih kukuh dalam bahagian simen dan perkakas minyaknya.

“Keuntungan bersih pada suku kedua terakhir 30 Jun 2024 pada suku sama pada tahun lepas, walaupun hasil turun 4 peratus kepada RM277.99 juta daripada RM290.52 juta dalam keadaan jualan yang lebih rendah daripada bahagian simen dan pembangunan hartanahnya.

“Perolehan sesaham meningkat kepada 3.11 sen daripada 2.45 sen pada 2QFY 2023, mencerminkan keuntungan yang dipertingkatkan dan tiada dividen interim telah diisytiharkan untuk tempoh dalam semakan.” katanya pada Rabu.

Justeri, Kumpulan itu berkata lagi , bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2024, keuntungan bersih Cahya Mata meningkat 3.9% kepada RM71.6 juta daripada RM68.9 juta pada tempoh yang sama 2023, walaupun penurunan kecil 2 peratus  dalam hasil kepada RM555.4 juta daripada RM566. 2 juta.

Ujarnya, Cahya Mata kekal optimistik dengan berhati-hati tentang prospenya untuk baki tahun 2024, walaupun terdapat cabaran yang ditimbulkan oleh pergerakan kadar pertukaran ringgit berbanding dolar AS, dan hasil prosiding timbang tara yang melibatkan anak syarikatnya Cahya Mata Phosphates Industries Sdn Bhd dan Syarikat Sesco Bhd berhubung pertikaian perjanjian pembelian tenaga mereka.

“la juga menjangkakan permintaan simen meningkat pada separuh kedua tahun ini, didorong oleh projek infrastruktur, dan akan memberi tumpuan kepada kecekapan operasi untuk mengurangkan kesan ketidaktentuan ekonomi.

“Kami akan terus ekal berdaya tahan dan memberi tumpuan untuk merealisasikan potensi pertumbuhan penuh kami, memanfaatkan kunci kira-kira yang sihat dan portfolio perniagaan yang pelbagai,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan