Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu semasa lawatan tapak ke projek perumahan terbengkalai Taman Desa Anjung Putra di Sepang. Foto TVS

TFST komited pulih projek perumahan swasta terbengkalai di Malaysia

SEPANG, 28 Ogos: Task Force Projek Perumahan Swasta Sakit dan Terbengkalai (TFST) menyatakan komitmen tinggi dalam membantu Kerajaan Malaysia Madani menyelesaikan isu projek perumahan swasta terbengkalai di negara ini.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu, mengumumkan bahawa kementeriannya kini menyediakan dana dan berkolaborasi dengan pemaju asal, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), serta agensi teknikal untuk memulihkan projek-projek ini sehingga mendapat Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC).

Aiman berkata bahawa setakat Julai 2024, terdapat 231 projek perumahan yang berstatus lewat.

“Ini menunjukkan peningkatan berikutan proses pelaporan yang wajib dilakukan.

“Projek sakit pula menunjukkan penurunan kepada 382 projek, manakala 114 projek terbengkalai telah dikenal pasti dan direkodkan oleh Jabatan Perumahan Negara. Kesemua projek ini mempunyai nilai GDP sebanyak RM147.28 bilion,” katanya pada satu sidang media di sini, pada Selasa.

Terdahulu sejurus Aiman mengadakan lawatan tapak ke projek perumahan terbengkalai Taman Desa Anjung Putra di Sepang mendedahkan sebanyak 286 projek telah berjaya dipulihkan, termasuk 14 projek yang kini kembali lancar dan 5 projek terbengkalai yang telah berjaya dipulihkan.

“Ini menunjukkan keberkesanan intervensi yang dilakukan oleh KPKT melalui TFST,” ujarnya.

Sejak penubuhan kerajaan baru pada Disember 2022 sehingga 31 Julai 2024, menurut Aiman sebanyak 757 projek perumahan melibatkan 89,165 unit rumah telah berjaya dipulihkan dengan nilai GDP RM63.27 bilion.

Selain itu, dedahnya sebanyak 47 lawatan tapak telah dilakukan untuk menyelesaikan isu-isu yang berbangkit.

“Dalam tempoh Januari hingga Julai 2024, 305 projek yang melibatkan 35,464 unit rumah telah dipulihkan dengan nilai GDP RM23.46 bilion,”

Aiman menekankan bahawa TFST sedang melaksanakan penyiasatan dan semakan semula dengan PBT serta pihak pelikuidasi.

“Lawatan tapak akan dilakukan untuk mendapatkan pengesahan status terkini projek-projek tersebut, sebelum mempertimbangkan sama ada projek-projek tersebut perlu dimasukkan semula dalam statistik projek terbengkalai sedia ada,” jelasnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan