Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perlis menahan seorang ahli lembaga pengarah sebuah syarikat berkaitan pertanian, yang disyaki mengemukakan dokumen palsu untuk mendapatkan kemudahan pembiayaan berjumlah kira-kira RM500,000.

SPRM tahan ahli lembaga pengarah disyaki kemuka butir matan palsu RM500,000

ByBernama

KUALA LUMPUR, 28 Ogos: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perlis menahan seorang ahli lembaga pengarah sebuah syarikat berkaitan pertanian, yang disyaki mengemukakan dokumen palsu untuk mendapatkan kemudahan pembiayaan berjumlah kira-kira RM500,000.

Menurut sumber individu bergelar Datuk berusia lingkungan 40-an, ditahan kira-kira 4.30 petang Selasa ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Negeri Sembilan.

“Suspek dipercayai melakukan kesalahan tersebut sekitar awal tahun 2020 bagi mendapatkan kemudahan pembiayaan berjumlah kira-kira RM500,000 daripada sebuah bank pertanian, bagi tujuan  membiayai kos tetap dan operasi penanaman ubi kayu dan pisang,” katanya dalam kenyataan semalam.

Sementara itu, Pengarah SPRM Perlis Mohd Nor Adha Ab Gani ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan individu itu dilepaskan dengan jaminan SPRM selepas diambil keterangan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan