Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Julaihi Narawi mengetuai delegasi kementeriannya melawat kemudahan Snowy Hydro Tumur 3, di New South Wales, Australia hari ini. Foto, Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak.

Sarawak pelajari kaedah majukan penyimpanan tenaga hidro dipam dilaksana Australia

ByAsmah Adenan

KUCHING, 28 Ogos: Menteri Telekomunikasi dan Utiliti Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi mengetuai delegasi kementeriannya melawat kemudahan Snowy Hydro Tumur 3, di New South Wales, Australia.

Lawatan berkenaan penting bagi mendapatkan input memajukan sektor penyimpanan tenaga hidro digam (PHES) di Sarawak.

Wilayah ini menyasarkan mampu menjana sehingga 10 gigawatt (GW) tenaga menjelang 2030.

Delegasi Sarawak antara lain diberi taklimat mengenai operasi stesen berkenaan serta turut melawat stesen jana kuasa di Empangan Talbingo yang berfungsi menjana tenaga elektrik dan pengurusan air.

Kementerian Telekomunikasi dan Utiliti Sarawak memaklumkan, Skim Hidroelektrik Snowy Mountains mempunyai lapan stesen jana kuasa hidro, termasuk dua di bawah tanah yang dilengkapi dengan 33 turbin.

“Ia mempunyai kapasiti penjanaan sebanyak 4,100 megawatt (MW) untuk menghasilkan purata 4,500 GW jam elektrik boleh diperbaharui setiap tahun.

“Stesen Snowy Hydro Tumut 3 merupakan bahagian penting dalam skim ini dan merupakan salah satu kemudahan hidroelektrik dan PHES utama Australia.

“Tumut 3 ialah loji hidro pam utama pertama serta terbesar di Australia dan telah mengitar semula air di Takungan Talbingo dan Jounama Pondage untuk penjanaan dan pengepaman,” jelas kementerian itu menerusi kenyataan media hari ini.

Lawatan berkenaan difasilitasi oleh Jabatan Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan Australia (DFAT) melalui inisiatif Perkongsian untuk Infrastruktur (P4I) yang dimulakan sesi perkenalan antara delegasi Sarawak dan wakil dari DFAT, P4I dan National University of Australia.

Turut menyertai delegasi Julaihi ialah Timbalan Setiausaha Tetap dan Pengarah Bekalan Elektrik MUT Syed Mohamad Fauzi Shahab dan Ketua Pegawai Operasi Sarawak Energy Bhd (SEB) James Ung Sing Kwong. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan