Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
CEO Sarawak Metro Ts Mazli Mustaffa menghadiri Kempen Kesedaran Keselamatan Jalan Raya anjuran Sarawak Metro, kontraktor berkaitan dan pihak berkuasa tempatan. Foto TVS

Projek fasa satu KUTS ‘on track’ tiada aduan serius timbul

ByFebbright James

KUCHING, 28 Ogos: Tiada aduan dan isu serius timbul sepanjang pembinaan projek Sistem Pengangkutan Bandar Kuching (KUTS) setakat ini, kata Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Metro Sdn Bhd (SMSB) Ts Mazli Mustaffa.

Menurut Mazli perkembangan projek berkenaan mengikut jadual serta perancangan dengan baik meskipun berdepan dengan beberapa cabaran.

“Setakat ini kita ‘on track’ cuma ada masalah-masalah kecil. Cuaca hujan tiap-tiap hari sekarang ini sedikit sebanyak mengganggu perlaksaan projek tetap kami berjaya mengatasinya. Oleh itu boleh saya katakan bahawa cuaca merupakan halangan projek KUTS fasa satu ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mengadakan taklimat mengena Kempen Kesedaran Keselamatan Jalan Raya anjuran Sarawak Metro, kontraktor berkaitan dan pihak berkuasa tempatan di sini, hari ini.

Selaku penyelenggara projek, Mazli juga mendedahkan pihaknya optimis melaksanakan kempen keselamatan jalan raya sebagai usaha memberi kesedaran kepada pengguna jalan raya berkaitan projek berkenaan.

 

CEO Sarawak Metro Ts Mazli Mustaffa menyarungkan jaket keselamatan jalan kepada penunggang motosikal. Foto TVS

“Memang ada aduan diterima daripada pengguna jalan raya tetapibukan isu besar kerana kebanyakkannya mengenai trafik dan sudah diuruskan dan diselesaikan secepat mungkin. Kempen Kesedaran Jalan Raya melibatkan kawasan “Red Line” untuk memberikan pendedahan dan memaklumkan kepada pengguna jalan raya mengenai aktiviti-aktiviti berkaitan projek KUTS.

“Kempen yang kami laksanakan ini akan memberi tahu kepada kontraktor dan masyarakat bahawa perlaksanaan projek ini mesti mengikut piawaian-piawaian yang sepatutnya bagi memastikan tiada insiden ataupun kemalangan yang tidak diingini berlaku,” katanya.

Tambahnya, objektif kempen ini ialah untuk memberikan kesedaran kepada penduduk mengenai keselamatan trafik sepanjang pembinaan dilaksanakan dan menggalakan pengguna jalan raya mematuhi arahan, peraturan dan undang-undang di sepanjang laluan KUTS.

Untuk rekod, projek KUTS fasa satu melibatkan tiga laluan iaitu Blue Line, Red Line dan Green Line dan melibatkan keseluruhan 31 stesen.

Red Line bermula dari Kuching Sentral ke Pending, meliputi jarak 12.3km, Blue Line sejauh 27.6km dari Rembus ke Hikmah Exchange dan Green Line meliputi perjalanan dari Pending ke Damai Central dengan jarak 30km.

Sarawak Metro Sdn Bhd sebelum ini memaklumkan ketiga-tiga laluan projek KUTS dijadualkan beroperasi sepenuhnya pada penghujung 2027.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan