Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg tiba di Sydney untuk menghadiri Forum Perniagaan Australia - ASEAN yang akan berlangsung esok.Foto, Aziz Soleh (TVS).

Premier Sarawak tiba di Sydney hadiri Forum Perniagaan Australia -ASEAN

SYDNEY, 28 Ogos: Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg selamat tiba di bandar raya ini untuk meneruskan lawatan kerja rasmi lima hari ini.

Premier Sarawak itu bersama delegasinya tiba di Lapangan Terbang Sydney pada 2.30 petang waktu tempatan.

Ketibaan Abang Johari tiba di sebuah hotel di sini sekitar jam 4.50 petang disambut oleh Ketua Bahagian Pembangunan Korporat dan Ekonomi, Kementerian Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak, Dr. Kho Lip Khoon.

Turut menyertai lawatan Abang Johari ialah Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak, Datuk Dr. Hazland Abang Hipni, Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki serta Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Fazzrudin Abdul Rahman.

Rombongan berangkat dari Melbourne selepas melakukan lawatan kerja ke kampus Swinburne University of Technology, Kampus Hawthorne dan Makmal Ujian Industri Nasional 4.0 (Pembuatan Canggih) Swinburne-CSIRO pada Selasa.

Pada Khamis, Premier Sarawak akan menghadiri Forum Perniagaan Australian – ASEAN di Pusat Konvensyen Antarabangsa (ICC), Darling Harbour, Sydney.

Abang Johari dijadual menyampaikan ucaptama yang bertajuk “Sarawak: The Powerhouse of Green Economy in ASEAN”.

Selain itu, Premier Sarawak itu juga dijemput sebagai salah seorang ahli panel pada forum mengenai isu ekonomi hijau dan peralihan tenaga bersama lima orang pemain dan pemimpin industri tersohor dari Australia dan Thailand.

Abang Johari akan turut menyaksikan Majlis Penandatangan Memorandum Persefahaman (MoU) antara Australia Malaysia Business Chamber (AMBC) New South Wales dengan Sarawak Australia Business Chamber (SABC) ketika majlis makan tengah hari anjuran AMBC.

Premier Sarawak serta delegasi dijadual pulang ke Kuching pada Jumaat. – TVS

 

Wartawan TVS, Radzi Ahmad bersama jurukamera Aziz Soleh melaporkan dari Sydney, Australia.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan