Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) giat melakukan penutupan jalan berikutan terdapat satu lagi kejadian tanah mendap berlaku kira-kira 50 meter daripada lokasi tanah jerlus yang melibatkan warganegara India di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur hari ini. Foto Bernama

Peniaga mahu siasatan, pemeriksaan menyeluruh di lokasi insiden tanah jerlus

ByBernama

KUALA LUMPUR, 28 Ogos: Para peniaga di Jalan Masjid India berharap agar pihak berkuasa akan melakukan siasatan serta pemeriksaan menyeluruh mengenai keadaan tanah di kawasan itu bagi memastikan ia benar-benar selamat untuk peniaga dan pelanggan.

Ini berikutan insiden mendapan tanah yang dikesan berlaku berdekatan pondok polis di Jalan Masjid India hari ini.

Pekerja kedai emas Sarini Shamima Bahurdeen, 47, berkata orang ramai takut untuk ke kawasan itu lebih-lebih lagi selepas berlaku insiden mendapan tanah.

“Keluarga saya pun tidak mahu ke sini… Saya memang sangat berharap siasatan mengenai tanah di kawasan ini dilakukan dengan teliti kerana ia melibatkan nyawa dan harta benda peniaga serta penduduk di sini,” katanya kepada pemberita hari ini.

Dia juga berkata hasil jualan di kawasan tumpuan pelancong dan pekerja asing untuk membeli cenderamata serta keperluan itu merosot sekali gus menjejaskan pendapatan mereka sejak insiden tanah jerlus pada Jumaat lepas.

Peniaga permainan kanak-kanak yang hanya ingin dikenali sebagai Nathen, 35, pula berharap tindakan dapat diambil oleh kerajaan supaya insiden tanah jerlus tidak berulang yang akan menyebabkan orang ramai bimbang untuk berkunjung ke kawasan itu.

“Biasanya orang ramai akan berhenti bersama anak-anak mereka apabila nampak kedai ini namun sejak jalan ditutup kepada kenderaan dan dikawal, tidak ramai pelanggan masuk ke kawasan ini,” katanya.

Insiden tanah jerlus itu menyaksikan seorang wanita dikenali sebagai Vijayaletchumy, 48, dari Kuppam, Andhra Pradesh, India hilang selepas terjatuh ke lubang sedalam lapan meter dengan operasi mencari dan menyelamat mangsa memasuki hari keenam hari ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan