Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perancis pada Rabu mendakwa pengasas Telegram, Pavel Durov berhubung tuduhan pelanggaran beberapa undang - undang berkaitan aplikasi itu. Foto fail, AFP.

Pengasas Telegram berkemungkinan dibawa ke mahkamah hadapi pertuduhan

ByAFP

PARIS, 28 Ogos: Pengasas Telegram Pavel Durov dijangka akan dibawa ke mahkamah Perancis hari ini bagi berdepan pertuduhan gagal membendung kandungan haram dan melampau dalam aplikasi itu.

Durov, 39, kelahiran Rusia sebelum ini ditahan di Lapangan Terbang Le Bourget di luar Paris, pada Sabtu.

Muat turun Telegram di Perancis, AS melonjak selepas penahanan Durov

Selepas hampir empat hari disoal siasat, dia diserahkan kepada pihak berkuasa kehakiman yang akan memutuskan langkah selanjutnya, sumber rapat kes itu memberitahu AFP.

Seorang majistret pasukan penyiasat Paris akan memutuskan sama ada akan mendakwa Durov manakala badan kehakiman akan menentukan dia akan direman dalam tahanan atau dibenarkan bebas dengan sekatan pergerakan dikenakan.

Penahanan Durov – ‘pembuka mata’ bagi platform media sosial

Durov sedang disiasat kerana disyaki melakukan 12 kesalahan berkaitan gagal membendung kandungan pelampau dan jenayah di Telegram, kata sumber yang rapat dengan siasatan itu.

Dia mengasaskan Telegram ketika sedang dalam proses untuk meninggalkan Rusia lebih sedekad lalu. 

Pengasas Telegram ditahan di Perancis

Pertumbuhan aplikasi itu sangat pesat dan sehingga kini memiliki lebih 900 juta pengguna.

Durov dianggap ‘tokoh misteri’ kerana jarang muncul di tempat umum serta memegang kerakyatan Rusia, Perancis dan Emiriah Arab Bersatu, tempat Telegram berpusat.

Pengasas Telegram Ditahan: Musk secara sinis ramal hukuman berat menjelang 2030 di Eropah

Majalah Forbes menganggarkan kekayaannya mencecah $15.5 bilion dengan dia mempromosikan gaya hidup sihat termasuk mengamalkan mandi ais, tidak mengambil alkohol dan menolak kopi. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan