Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan orang ramai supaya berwaspada dengan mesej di media sosial yang kononnya mengutip derma untuk rakyat Palestin yang sedang menerima rawatan di Malaysia. Foto fail AFP

Mesej minta derma untuk rakyat Palestin: PM ingatkan orang ramai agar waspada – Fahmi

ByBernama

PUTRAJAYA, 28 Ogos: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan orang ramai supaya berwaspada dengan mesej di media sosial yang kononnya mengutip derma untuk rakyat Palestin yang sedang menerima rawatan di Malaysia.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata Anwar menzahirkan peringatan itu semasa mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.

“Kerajaan tidak mengutip derma bagi tujuan membantu, membiaya dan menyediakan makanan bagi warga Palestin yang menerima rawatan di Malaysia pada waktu ini,” katanya pada sidang media mingguan Menteri Komunikasi di sini hari ini.

Beliau berkata orang ramai yang menerima mesej itu dinasihat agar membuat laporan polis atau mengemukakan aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia.

Pada 16 Ogos lepas, dua pesawat Airbus A400M TUDM membawa 41 rakyat Palestin yang cedera dan 86 ahli keluarga mereka selamat mendarat di Pangkalan Udara Subang, Selangor pada kira-kira 2 petang setelah berlepas dari Pangkalan Tentera Udara Al Maza di Kaherah, Mesir pada petang 15 Ogos.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan