Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tengku Khairul Asmawi Nizam Tengku Hassan, 40, dikatakan keluar ke laut sekitar 6 pagi semalam, namun tidak pulang seperti kebiasaan sebelum laporan mengenai kehilangannya dibuat pada 6.50 petang. Foto Maritim

Maritim Malaysia laksana OP Carilamat kesan nelayan hilang di perairan Dungun

ByBernama

DUNGUN, 28 Ogos: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Terengganu menggerakkan operasi mencari dan menyelamat (Carilamat) bagi mengesan seorang nelayan yang hilang di perairan Dungun pada 7 malam, semalam.

Pengarah Zon Maritim Kemaman Komander Maritim Ariffin Ghazali berkata mangsa, Tengku Khairul Asmawi Nizam Tengku Hassan, 40, dikatakan keluar ke laut sekitar 6 pagi semalam, namun tidak pulang seperti kebiasaan sebelum laporan mengenai kehilangannya dibuat pada 6.50 petang.

“Mangsa keluar seorang diri dengan bot gentian kaca bernombor pendaftaran TRS 3814 dengan kali terakhir mangsa dilihat di perairan Dungun,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata operasi Carilamat berdepan kesukaran akibat cuaca buruk dan ombak bergelora. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan