Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan bersama ahli yang hadir mesyuarat Majlis Perundingan Koperasi Negeri (MPKN) Sarawak 2024 di Pusat Konvesnyen Borneo Kuching (BCCK) di Kuching pada Rabu.Foto, TVS

Lima koperasi Sarawak tersenarai 100 terbaik di Malaysia tahun ini

KUCHING, 28 Ogos: Lima koperasi di Sarawak tersenarai dalam Indeks 100 Koperasi Terbaik Malaysia pada tahun ini dengan mencatatkan perolehan mencecah RM93.5 juta.

Koperasi berkenaan ialah Koperasi Koperkasa Sarawak Berhad, Koperasi Penanam Sawit Mampan Daerah Bau Berhad, Koperasi Al-Bait Sarawak Berhad, Koperasi Sesco Sarawak Berhad dan Koperasi Penanam Sawit Mampan Daerah Tatau Berhad.

Pengumuman berhubung pencapaian kelima – lima koperasi itu dibuat oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan pada Mesyuarat Pertama Majlis Perundingan Koperasi Negeri (MPKN) Sarawak 2024.

MPKN Sarawak bertujuan untuk menyelaras gerakan koperasi dan mendapatkan maklum balas mengenai kemajuan terkini berkaitan gerakan koperasi daripada anggota majlis.

Seramai 26 orang ahli menganggotai MPKN Sarawak serta turut diwakili oleh 10 wakil dari agensi Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) melibatkan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) selaku urus setia, tujuh wakil gerakan koperasi dan 10 wakil kementerian, jabatan dan agensi Persekutuan dan Sarawak.

Terdahulu, Awang Tengah memaklumkan jumlah di koperasi Sarawak sehingga Disember 2023 telah mencecah 1,190 buah dengan keanggotaan melebihi 313,917 orang.

Jumlah perolehan koperasi pula berjumlah RM368.97 juta. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan