Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yoga Anggiska beralamat di Kerinci, Indonesia dipercayai hilang di kawasan Gunung Tabai, Bau. Foto IPD Bau

Lelaki warganegara Indonesia dipercayai hilang di kawasan Gunung Tabai

BAU, 28 Ogos: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau menerima laporan orang hilang daripada pihak pejabat Konsulat Republik Indonesia di Kuching jam 5.23 petang pada 23 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Bau, DSP Jawai Francis Kempas berkata, orang hilang berkenaan dikenali Yoga Anggiska beralamat di Kerinci, Indonesia.

“Pihak polis dimaklumkan seorang lelaki warganegara Indonesia telah dipercayai hilang di kawasan Gunung Tabai, Bau, pada 13 Ogos 2024.

“Sehubungan itu pada 24 Ogos satu operasi mencari dan menyelamat dimulakan oleh pihak polis Bau serta agensi penyelamat yang lain iaitu pasukan bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta Sarawak Forestry Corporation (SFC),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, siasatan masih giat dijalankan untuk mengenal pasti saksi-saksi yang boleh membantu siasatan.

Warga Indonesia maut tertimbus ketika melombong emas di zon larangan Gunung Tabai

“Oleh yang demikian, kita memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan dengan individu tersebut untuk tampil ke mana-mana balai polis berdekatan atau terus menghubungi pegawai penyiasat kes, Sarjan Colin Raape di talian 017-817 1750.

“Kita juga meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menggugat ketenteraman awam serta mengganggu siasatan yang sedang dijalankan,” ujarnya.

Katanya, orang ramai juga disarankan untuk tidak menyebarkan sebarang berita tidak tepat di mana-mana media sosial. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan