Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Wabak mpox yang sedang melanda Republik Demokratik Congo (DRC) telah mengakibatkan lebih 17,801 kes disyaki, termasuk 610 kematian, kata Menteri Kesihatan Roger Kamba pada Selasa. Foto hiasan Envato

Korban mpox di DR Congo lebih 610 orang

ByBernama

KINSHASA, 28 Ogos: Wabak mpox yang sedang melanda Republik Demokratik Congo (DRC) telah mengakibatkan lebih 17,801 kes disyaki, termasuk 610 kematian, kata Menteri Kesihatan Roger Kamba pada Selasa.

Menteri itu menggesa orang ramai supaya mematuhi langkah perlindungan, terutamanya dengan sesi persekolahan akan bermula awal September selain mendapatkan vaksin sebaik sahaja ia tersedia, lapor Xinhua.

Kes yang disyaki dilaporkan di wilayah terjejas oleh konflik, yang menempatkan sebahagian besar daripada 7.3 juta penduduk yang kehilangan tempat tinggal di negara itu.

Perkara itu berisiko “memburukkan lagi situasi yang sudah tidak dapat dipertahankan bagi penduduk yang terkesan oleh konflik selama beberapa dekad,” menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pesuruhjaya Tinggi PBB untuk Pelarian pada Selasa.

Pada Isnin, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melancarkan Pelan Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Strategik Global untuk mpox bagi menamatkan penularan cacar monyet daripada manusia kepada manusia melalui usaha yang diselaraskan di peringkat global, serantau dan nasional.

“Wabak mpox di Republik Demokratik Congo dan negara-negara jiran boleh dikawal, dan boleh dihentikan,” kata Ketua Pengarah WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan