Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Datuk Rosey Yunus (tengah) bersama Ketua Konvoi KMJG 2024 Mohamad Afzan Mohamad (depan, tiga, kiri) mengibarkan jalur gemilang sempena Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2024 peringkat Sarawak daerah Miri di SMK Agama Miri, hari ini. Foto TVS.

Konvoi KMJG singgah di SMK Agama Miri

ByVanessa Enjop

MIRI, 28 Ogos: Seramai 300 warga Sekolah Menengah Agama Miri, di sini meraikan ketibaan konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2024 Peringkat Sarawak Daerah Miri hari ini.

Ketibaan konvoi itu turut disambut Timbalan Menteri Pembangunan Menteri dan Kanak-Kanak Sarawak, Datuk Rosey Yunus di perkarangan sekolah berkenaan.

Rosey ketika berucap menekankan kepentingan generasi muda kini menghargai perjuangan pemimpin terdahulu yang bekorban dalam membina kemerdekaan yang dinikmati hari ini.

“Saya yakin anak-anak kita telah didedahkan dengan sejarah lampau, dan kita amat mengetahui bahawa semua yang kita kecapi sekarang adalah hasil daripada perjuangan pemimpin sebelum kita.

“Perjuangan kita adalah meneruskan perjuangan pemimpin-pemimpin sebelum ini, dan saya yakin anak-anak yang berada di dewan pada pagi ini adalah juga pemimpin pada masa hadapan yang akan meneruskan perjuangan tersebut,” katanya.

Dalam pada itu, Rosey berharap acara konvoi tersebut menyemarakkan lagi semangat patriotime dalam kalangan pelajar di sini termasuk seluruh rakyat Sarawak. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan