Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gambar fail kontinjen Malaysia yang menyertai Sukan SEA 2023 di Phnom Penh. Foto, Reuters.

Kerajaan terima tawaran jadi tuan rumah rumah Sukan SEA 2027 – KBS

ByBernama

KUALA LUMPUR, 28 Ogos: Malaysia bersetuju menerima tawaran daripada Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) untuk menjadi tuan rumah temasya Sukan SEA 2027.

Menurut Kementerian Belia dan Sukan (KBS) keputusan itu dibuat Jemaah Menteri dalam mesyuarat yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim setelah mengambil kira komitmen penganjuran bersama oleh tiga negeri iaitu Sarawak, Sabah dan Pulau Pinang.

Sarawak sudah pilih 18 acara Sukan SEA 2027 dianjurkan di wilayahnya – Abdul Karim

“Sebelum ini, Sarawak, Sabah dan Pulau Pinang telah menyatakan kesediaan untuk menggunakan peruntukan masing-masing bagi menjadi penganjur bersama dengan Kuala Lumpur,” menurut kementerian itu dalam kenyataan hari ini.

Sabtu lepas, Perdana Menteri mengumumkan kerajaan bersetuju menjadikan Sarawak sebagai penganjur bersama temasya dwitahunan itu mengambil kira keupayaan negeri berkenaan menjadikan Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 sebagai antara penganjuran terbaik temasya sukan.

Sarawak tidak cadang bina stadium baharu sebagai penganjur bersama Sukan SEA 2027 – Abang Johari

Pengumuman itu turut disokong Majlis Sukan Negara (MSN) yang menganggap ia sebagai isyarat positif buat industri sukan tanah air dalam usaha meningkatkan prestasi atlet kebangsaan dengan penganjuran temasya besar dalam negara.

KBS turut merakamkan ucapan tahniah kepada kerajaan Sarawak dan Jawatankuasa Penganjur SUKMA XXI atas kejayaan mengendalikan temasya itu yang berakhir 24 Ogos lepas. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan