Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pada 4 petang, BNM menawarkan tender pasaran wang konvensional bernilai RM36.0 bilion dan tender pasaran wang murabahah bernilai RM19.20 bilion, kedua-duanya bagi wang sehari. Foto, AFP.

Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil

ByBernama

KUALA LUMPUR, 28 Ogos: Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional turun kepada RM35.97 bilion daripada RM39.62 bilion pagi ini manakala mudah tunai dalam dana Islam susut kepada RM19.18 bilion daripada RM19.52 bilion.

Terdahulu, bank pusat mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli dan kemudahan murabahah komoditi bercagar dengan tempoh satu dan tiga bulan.

Pada 4 petang, BNM menawarkan tender pasaran wang konvensional bernilai RM36.0 bilion dan tender pasaran wang murabahah bernilai RM19.20 bilion, kedua-duanya bagi wang sehari.

Setakat 27 Ogos, Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.01 peratus. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan