Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Fasa 1 Projek Pak Tambang, yang juga dikenali sebagai e-Sampan oleh Sarawak Energy berjaya memenuhi objektif insiatif itu dengan operasi yang lebih lancar dan senyap serta mampu menghapuskan bau bahan api. Foto Sosial media

e-Sampan, inisiatif Sarawak Energy kurangkan pelepasan karbon dan kos

KUCHING, 28 Ogos: Fasa 1 Projek Pak Tambang, yang juga dikenali sebagai e-Sampan oleh Sarawak Energy berjaya memenuhi objektif insiatif itu dengan operasi yang lebih lancar dan senyap serta mampu menghapuskan bau bahan api.

Pengurus Besar Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Sarawak Energy Dr Ng Sing Muk berkata inisiatif menukar enjin petrol tradisional kepada motor elektrik itu juga telah mengurangkan kos operasi lebih daripada 80 peratus dan jejak karbon berkurang secara signifikan.

Hidupkan semula perkhidmatan perahu tambang

“Sepanjang tempoh percubaan selama 10 bulan, kami melihat penurunan dalam pelepasan karbon, pencemaran udara dan tahap bunyi. Ini selaras dengan visi kami untuk mencapai bekalan grid elektrik hijau,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Sarawak Energy dalam kenyataan memaklumkan Projek Pak Tambang adalah selaras dengan rancangan Dewan Bandaraya Kuching Utara untuk memberi nafas baharu kepada pengangkutan sungai di bandar raya itu.

Menurut kenyataan itu inisiatif tersebut dilaksanakan dengan kerjasama pengendali sampan tempatan yang menggunakan e-Sampan sejak Oktober tahun lepas.

“Fasa 2 inisiatif Projek Pak Tambang sedang dijalankan ketika ini dan memfokuskan kepada usaha meneroka serta merintis penyelesaian bagi pengecasan e-Sampan.

“Projek Pak Tambang ini mencerminkan komitmen Sarawak Energy untuk menggabungkan tradisi dengan inovasi. Ia bertujuan memelihara kekayaan warisan budaya di Kuching di samping ke arah masa depan lebih hijau,” menurut kenyataan itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan