Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC DR Johan Kamal Hamidon semasa sidang media. Foto Bernama

Alex Agyarkwa direhatkan tiga bulan akibat kecederaan kaki

ByBernama

SHAH ALAM, 28 Ogos: Pemain tengah Selangor FC Alex Agyarkwa terpaksa diketepikan sekurang-kurangnya tiga bulan susulan kecederaan kaki ketika perlawanan akhir Piala FA minggu lepas.

Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC Dr Johan Kamal Hamidon berkata pemain kelahiran Ghana itu perlu menjalani proses pemulihan sebelum boleh kembali beraksi.

“Mungkin dia perlu direhatkan selama tiga bulan, sebulan untuk pulih dari kecederaan dan selebihnya untuk tempoh pemulihan bagi mendapatkan kembali kecergasan sebelum boleh beraksi seperti sedia kala,” katanya ketika ditemui pemberita pada Larian Jiwa Merdeka Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI) di sini hari ini.

Sebelum ini, pemain berusia 25 tahun itu dalam hantaran di Instagram berkongsi imej imbasan sinar-X pada kakinya tanpa memberikan sebarang perincian, sekali gus menimbulkan tanda tanya mengenai tahap kecederaan pemain itu.

Dr Johan Kamal berkata selain Agyarkwa yang cedera, pemain lain diberikan rehat secukupnya bagi proses pemulihan dari segi fizikal dan mental sebelum kembali meneruskan baki perlawanan Liga Malaysia musim ini.

Pada perlawanan akhir Piala FA menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Nasional Bukit Jalil Jumaat lepas, Agyarkwa terpaksa dikeluarkan beberapa minit sebelum separuh masa tamat dan digantikan dengan penyerang Jordan Reziq Bani Hani ketika Selangor ketinggalan 0-2.

Perlawanan berakhir dengan kemenangan besar JDT, 6-1. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan