Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Hujan lebat di India yang menyebabkan banjir besar telah mengorbankan sekurang-kurangnya 15 orang, lapor media tempatan pada Rabu.Foto hiasan, Envato.

15 korban banjir selepas hujan lebat di India

ByAFP

NEW DELHI, 28 Ogos: Hujan lebat di India yang menyebabkan banjir besar telah mengorbankan sekurang-kurangnya 15 orang, lapor media tempatan pada Rabu.

Tebing sungai yang merentasi negeri di pantai barat Gujerat dilaporkan pecah dan lebih 23,000 orang telah dipindahkan.

Akhbar Business Standard melaporkan 15 orang telah terbunuh sejak Isnin di lapan daerah di negeri itu.

Nelayan pula telah dinasihatkan supaya tidak ke laut berikutan keadaan yang bergelora, kata metua menteri, Bhupendra Patel menerusi media sosial.

Hujan monsun menyebabkan kemusnahan teruk setiap tahun namun pakar berkata, perubahan iklim juga telah mengubah corak cuaca dan meningkatkan kejadian cuaca ekstrem.

Negeri di timur laut, Tripura turut dilanda banjir dan tanah runtuh minggu lalu dengan lebih 20 orang terbunuh.

Sementara itu kawasan di hilir sungai di Bangladesh turut dilanda banjir besar yang mengorbankan sekurang-kurangnya 40 orang.

Hampir 300,000 penduduk dipindahkan ke pusat perlindungan kecemasan. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan