Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki warga Indonesia disyaki tertimbus tanah ketika melombong emas di zon larangan di kawasan Gunung Tabai, Bau, hari ini. Gambar hiasan

Warga Indonesia maut tertimbus ketika melombong emas di zon larangan Gunung Tabai

ByAsmah Adenan

BAU, 27 Ogos: Seorang lelaki warga Indonesia disyaki tertimbus tanah ketika melombong emas di zon larangan di kawasan Gunung Tabai di sini, hari ini.

Komander Operasi, Pegawai Kanan Penguasa Bomba (PKPgB) Tawang Lingem berkata, pihaknya menerima laporan daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau untuk meminta bantuan bagi mengeluarkan mayat mangsa.

“Kita menerima panggilan daripada Ketua Polis Daerah (KPD) Bau, DSP Jawai Frances pada jam 2.30 petang bagi mengeluarkan mayat mangsa yang tertimbus tanah ketika melakukan kerja melombong emas di zon larangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, seramai lima anggota telah digerakkan ke tempat kejadian bagi membuat pengesahan kedudukan mayat yang tertimbus.

“Kes kini masih dalam siasatan pihak polis dan kerja-kerja operasi akan dijalankan esok bagi mengeluarkan mayat yang tertimbus,” katanya.  -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan