Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan (lima kiri) bersama tetamu lain pada Persidangan Serantau Asia-Pasifik mengenai Pemulihan Landskap Hutan 2024 di Kuching, hari ini. Foto TVS

Usaha memulihkan hutan yang terdegradasi jadi keutamaan berterusan

ByRegina Lee

KUCHING, 27 Ogos: Kerjasama semua pihak berkepentingan, termasuk agensi kerajaan, komuniti tempatan dan badan bukan kerajaan (NGO) diperlukan untuk terus terlibat dan aktif dalam inisiatif pemulihan landskap hutan di Sarawak.

Sehubungan itu, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, kerajaan Sarawak mewajibkan semua pemegang lesen hutan melaksanakan usaha pemulihan dalam kawasan yang ditetapkan mereka dengan tumpuan khusus kepada hutan yang terdegradasi.

“Usaha memulihkan hutan yang terdegradasi terus menjadi keutamaan kita.

“Pendekatan ini bertujuan untuk memenuhi objektif Kerajaan Sarawak untuk program pemulihan hutan, sekali gus memperluaskan liputan hutan di Sarawak dan meningkatkan kehidupan penduduknya.

“Saya yakin program pemulihan landskap hutan di Sarawak bukan sahaja akan meningkatkan ekosistem hutan dengan menyokong kelestarian flora dan fauna dan meningkatkan kualiti hidup secara universal, tetapi juga mewujudkan peluang pekerjaan baharu dan memupuk sektor ekonomi alternatif seperti agroperhutanan, ekopelancongan dan perdagangan karbon,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan pada Persidangan Serantau Asia-Pasifik mengenai Pemulihan Landskap Hutan 2024 di sini hari ini.

Awang Tengah berkata di bawah Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030), sektor perhutanan mahu diiktiraf di peringkat global dalam pengurusan mampan hutan tropika dan pemuliharaan biodiversiti sambil meningkatkan pertumbuhan pesat industri perkayuan.

Ujarnya, inisiatif dilaksanakan menunjukkan bahawa masa depan yang mampan bukan sahaja boleh dicapai tetapi juga menguntungkan dari segi ekonomi.

“Dengan mematuhi agenda pembangunan mampan yang mengutamakan keseimbangan alam sekitar, sosial dan tadbir urus, Sarawak berada pada kedudukan yang baik untuk menarik pelaburan yang lebih besar dan mewujudkan peluang perniagaan dan pekerjaan yang besar untuk rakyatnya.

“Komitmen ini adalah asas kepada matlamat kita untuk berkembang menjadi wilayah maju menjelang 2030,” katanya lagi.

Persidangan yang dianjurkan oleh Jabatan Hutan Sarawak dengan kerjasama Pertubuhan Kayu Tropika Antarabangsa (ITTO) itu berlangsung selama tiga hari, bermula 27 Ogos hingga 29 Ogos ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan