Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Lukanisman Awang Sauni bercakap kepada pemberita selepas hadir Program Jualan Rahmah MADANI di MDS Mall Bekenu, Sibuti di sini hari ini. Foto Ahnaf Aqil (TVS).

Tiada kes baharu Mpox di Malaysia setakat ini – Lukanisman

BySalasiah Safian

MIRI, 27 Ogos: Malaysia setakat ini tidak mencatatkan kes baharu wabak cacar monyet (Mpox), kata Datuk Lukanisman Awang Sauni.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Kesihatan berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) akan sentiasa memantau virus berkenaan malah telah mempunyai prosedur operasi standard (SOP).

Tambah beliau KKM juga memantau kes jangkitan di Singapura serta negara-negara yang bersempadan dengan Malaysia.

“(Bagi kes disyaki) Mpox, kita akan laksanakan prosedur sedia ada terutama di pintu masuk, (pusat) kuarantin dan juga (melakukan) segala ujian.

“Kita telah keluarkan infografik mengenai Mpox yang kebanyakannya merupakan jenis clade 2 yang tidak begitu berbahaya namun kita bimbang dengan perkembangan semasa (kerana) terdapat Mpox clade 1B, yang merupakan strain yang agak berbahaya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir Program Jualan Rahmah MADANI di MDS Mall Bekenu, Sibuti di sini hari ini.

Sementara itu tambah Lukanisman, Mpox boleh merebak sekiranya terdapat kontak rapat dan terdedah kepada golongan berisiko tinggi termasuk yang melakukan hubungan sejenis.

“Ia berbeza dengan COVID-19 namun KKM mempunyai SOP untuk mengawalnya penularannya,” katanya.

KKM sebelum ini memaklumkan, jumlah keseluruhan Mpox yang disahkan di negara ini kekal sembilan dengan kes pertama dilaporkan pada 26 Julai 2023 dan terakhir pada November tahun sama. – TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan