Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
JKR diarah memberikan bantuan sokongan teknologi bagi membantu operasi SAR mangsa tanah jerlus di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur. Foto Bernama

Tanah Jerlus: JKR diarah beri bantuan teknologi

ByBernama

KUALA LUMPUR, 27 Ogos: Jabatan Kerja Raya (JKR) telah diarah memberikan bantuan sokongan teknologi bagi membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tanah jerlus di Jalan Masjid India di sini.

Menteri Kerja Raya Dato Sri Alexander Nanta Linggi berkata walaupun kejadian tanah jerlus berlaku di kawasan seliaan Jabatan Wilayah Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), namun kementerian sentiasa akan memberikan kerjasama memandangkan ia adalah kejadian bencana.

“Saya telah arahkan JKR supaya memberikan bantuan dari segi teknologi untuk menyokong seluruh pasukan (SAR) kerana kita mempunyai kepakaran,” katanya ringkas dalam audio yang dikongsikan kepada media hari ini.

Pada Jumaat lepas, wanita warga India dikenali sebagai Vijayaletchumy, 48, hilang selepas terjatuh ke dalam lubang sedalam lapan meter susulan insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India.

Mangsa yang berada di negara ini bersama keluarga untuk melancong, dilaporkan sedang berjalan di kawasan berkenaan untuk ke sebuah kuil berhampiran bagi bersarapan sebelum kejadian itu berlaku.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan