Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Norazibah M Rabu ditemui TVS pada Majlis Simbolik Penyerahan Keperluan Perubatan Asas di Klinik Batang Ai, hari ini. Foto TVS

Petronas bantu 26 klinik luar bandar dengan dana RM1.3 juta

BATANG AI, 27 Ogos: Petroliam Nasional Berhada (Petronas) telah mengenal pasti 26 klinik di luar bandar di seluruh Sarawak untuk bantuan perubatan asas dan kemudahan klinik dengan jumlah RM 1.3 juta.

Pengurus Kanan Petronas Sarawak Norazibah M Rabu berkata antara sumbangan yang diberikan adalah barangan perubatan dan bukan perubatan seperti katil pesakit boleh laras, mesin nebulizer, mesin timbang digital, kerusi, televisyen dan kipas siling.

“Klinik Kesihatan Batang Ai adalah salah salah satu daripada 26 klinik yang kami akan bantu melalui projek ini.

“Kita hendak bantu supaya penduduk-penduduk tidak perlu pergi jauh untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang menyeluruh,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Simbolik Penyerahan Keperluan Perubatan Asas di Klinik Batang Ai sini, hari ini.

Beliau percaya sumbangan ini akan menambah baik infrastruktur klinik kesihatan luar bandar dan memberi manfaat kepada masyarakat setempat.

Menurutnya, penyediaan peralatan asas di klinik-klinik luar bandar akan memberikan perkhidmatan perubatan berkualiti kepada penduduk.

Penyediaan fasiliti yang lengkap akan memberikan kemudahan kepada mereka menerima rawatan atau sistem penjagaan berkualiti yang berhampiran. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan