Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
AFFIN Bank Berhad
Kerajaan Sarawak yang bakal membeli 15 hingga 25 peratus lagi saham Affin Bank Berhad boleh memastikan penilaiannya melonjak dalam tempoh terdekat. Foto: TVS

Pembelian saham terbesar oleh Kerajaan Sarawak dijangka lonjak penilaian Affin Bank

ByAhmad Burhanuddin

KUALA LUMPUR, 27 Ogos: Kerajaan Sarawak yang bakal membeli 15 hingga 25 peratus lagi saham Affin Bank Berhad boleh memastikan penilaian bank itu melonjak dalam tempoh terdekat, kata MIDF Reseach.

Firma itu berkata, prestasi enam bulan pertama bank perdagangan itu bagi tahun kewangan 2024 menunjukkan keuntungan bersih teras sebanyak RM229 juta turun 13 peratus tahun ke tahun.

Jelas MIDF Research sebahagian besarnya disebabkan peningkatan mendadak dalam perbelanjaan mengurus dan pendapatan faedah bersih dan hasil bersekutu yang lebih lemah.

MIDF Reseach juga berkata, margin faedah bersih bank perdagangan itu jatuh -4 mata asas suku ke suku dan dijangka terus mengecil.

Pada masa ini penyelidik berpendapatan margin pendapatan bersih Affin Bank akan bertambah baik melalui kemasukan aliran akaun semasa dan simpanan yang besar selepas isu pemegang saham baharu dimuktamadkan.

Dalam kes ini, kemungkinan Kerajaan Sarawak menjadi pemegang saham terbesarnya.

Sementara itu, RHB Investment Bank Bhd berkata Kerajaan Sarawak telah memperoleh kelulusan untuk memperoleh 15 hingga 25 peratus lagi pegangan dalam Affin dan sedang menyelesaikan butiran terperinci mengenai perjanjian itu.

“Dengan aktiviti ekonomi dijangka meningkat, kami berpendapat manfaat jelas Affin Bank terletak pada ruang pendapatan yuran (contohnya perjanjian perbankan pelaburan, yuran berkaitan pinjaman),” kata nota penyelidikan berkenaan.

Kos dana bank boleh mendapat manfaat daripada kemasukan akaun semasa dan akaun simpanan (CASA) Sarawak (kira-kira RM3 bilion atau sekitar 16 peratus berdasarkan semakan saluran cek pasukan penyelidik) tetapi pertumbuhan pinjaman di Sarawak masih perlu tertakluk kepada margin pendapatan bersih kualiti aset yang disebutkan di atas cabaran.

Mengenai pergerakan jangka pendek harga saham Affin sementara menunggu selesainya pengambilalihan oleh Kerajaan Sarawak, MIDF Research berpendapat harga saham boleh naik dan turun.

Pada masa yang sama, MIDF menyatakan asasnya boleh disokong melalui potensi kemasukan deposit yang besar yang boleh menyelesaikan isu hasil dividen Affin yang lemah dengan menyediakan penampan modal yang besar serta membantu situasi mudah tunainya.

Affin juga kini boleh berfungsi sebagai “proksi ekonomi Sarawak” yang pergerakan harga sahamnya mungkin dikaitkan dengan mana-mana aliran berita ekonomi Sarawak yang positif atau negatif, kata pasukan penyelidik itu. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan