Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Malaysia mengalu-alukanĀ 1,449,711 ketibaan dari China setakat Jun 2024. Foto hiasan

Malaysia catatkan lebih 1.4 juta ketibaan dari China setakat Jun

SEPANG, 27 Ogos: Malaysia telah mengalu-alukanĀ 1,449,711 ketibaan dari China setakat Jun 2024, kata Tourism Malaysia.

Jumlah itu adalah peningkatan memberangsangkan sebanyak 190.8 peratus berbanding tempoh sama pada 2023 yang menyaksikan 498,540 ketibaan.

Dalam kenyataan hari ini, Tourism Malaysia berkata pengenalan kemasukan tanpa visa untuk pelancong China berkuat kuasa 1 Dis 2023 sehinggaĀ 31 Dis 2026 telah meningkatkan pertanyaan dan tempahan ke Malaysia dari China.

Terdahulu pada 25 Ogos, Malaysia turut mengalu-alukan penerbangan sulung 9 Air yang tiba di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, di sini.

9 Air ialah syarikat penerbangan tambang rendah di China dan satu-satunya syarikat penerbangan tambang murah yang memberi perkhidmatan di Tengah dan Selatan China dengan pangkalan operasi utamanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Guangzhou Baiyun.

Perkhidmatan baharu antara Guiyang dan Kuala Lumpur akan beroperasi setiap minggu, menggunakan pesawat BoeingĀ 737-800 dengan kapasiti 189 penumpang.

Ketua Pengarah Tourism Malaysia Manoharan Periasamy serta wakil dari 9 Air dan Malaysia Airports Holdings BerhadĀ (MAHB) secara peribadi mengalu-alukan penumpang dalam penerbangan AQ1211 dari Guiyang.

Sebelum ini, 9 Air mengendalikan penerbangan ke Thailand, Rusia, Jepun dan Laos dengan Malaysia menjadi tambahan terkini kepada laluan antarabangsanya.

Perkhidmatan baharu ini, khusus untuk pelancong dari Guiyang ke Malaysia, menandakan titik perubahan penting dalam pembangunan pelancongan di Wilayah Guizhou.

ā€œDengan penerbangan terus ini, pelancong China kini boleh menerokai pelbagai tarikan Malaysia dengan mudah, daripada Menara Berkembar Petronas yang ikonik di Kuala Lumpur ke pantai-pantai indah di Pulau Langkawi, keindahan budaya Melaka dan peluang untuk merasai tarikan kebudayaan unik, mercu tanda bersejarah serta keenakan masakan Malaysia yang terkenal,” tambah kenyataan itu.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

Ā 

Berita Berkaitan