Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seramai lapan pekerja warga asing ditahan kerana tiada permit pada serbuan Jabatan Imigresen Malaysia Pulau Pinang di sebuah restoran di George Town, semalam. Foto Jabatan Imigresen Malaysia

Kesemua pekerja asing tiada permit, majikan larikan diri

GEORGE TOWN, 27 Ogos: Seorang majikan bertindak menghilangkan diri sebaik menyedari kehadiran Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) yang menyerbu premis restorannya di dalam sebuah pusat beli-belah di sini semalam.

Majikan itu dipercayai bertindak demikian semasa operasi oleh Bahagian Penguatkuasa Imigresen Pulau Pinang apabila kesemua pekerjanya tidak mempunyai permit.

JIM Pulau Pinang dalam kenyataan berkata, pihaknya memeriksa lapan pekerja warga asing sebelum kesemua mereka disyaki tidak memiliki dokumen perjalanan dan pas yang sah untuk berada serta bekerja di negara ini.

“Mereka yang berumur antara 30 hingga 50 tahun terdiri daripada dua lelaki warga China, lelaki Indonesia (empat), wanita Indonesia (satu) dan lelaki Myanmar (satu).

“Siasatan lanjut dan gerakan mengesan majikan yang terbabit juga akan dilaksanakan untuk dikenakan tindakan selaras dengan peruntukan undang-undang yang berkuatkuasa,” kata kenyataan itu hari ini.

Dalam perkembangan lain, katanya, seorang lelaki warga Pakistan berumur 46 tahun yang disyaki bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah rumah ibadat di Lebuh Faquhar di sini turut ditahan atas kesalahan sama.

Kesemua tangkapan kemudiannya dibawa ke Depot Imigresen Juru, Bukit Mertajam dekat sini dan disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan