Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
ADUN Kabong, Mohd Chee Kadir meninjau masalah hakisan sungai di Kampung Sungai Benang petang Selasa. Foto Pusat Khidmat ADUN N.40 Kabong

Kerajaan pandang serius masalah hakisan sepanjang Sungai Seblak

KABONG, 27 Ogos: Kerajaan Sarawak memandang serius masalah hakisan yang meresahkan penduduk di sepanjang Sungai Seblak dengan meluluskan sejumlah peruntukan untuk melaksanakan projek pemulihan kawasan itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Mohd Chee Kadir berkata, Projek Rancangan Pemulihan Koridor Sungai Seblak di Kampung Sungai Benang Daerah Kabong, diluluskan dengan harga siling baharu RM21 juta berbanding harga asal RM15 juta.

Sementara itu katanya, sejumlah RM45 juta juga diluluskan bagi melaksanakan projek saluran lencongan Kampung Sungai Benang dan Empayang.

“Pada masa yang sama, Projek Mengatasi Banjir Pantai Sarawak meliputi Kampung Semarang, Kampung Beting Maro, Pantai Meludam juga diluluskan dan kini dalam peringkat pra-kelayakan tender. Rumah Ek dan Rumah Betty Kabong juga terlibat dalam projek ini.

“Ia akan dilaksanakan secara berpakej dan Bahagian Betong merupakan pakej ketiga daripada lima pakej,” katanya selepas menghadiri perjumpaan bersama Jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran Betong, hari ini.

Pelaksanaan kesemua projek itu ujarnya, membuktikan keprihatinan kerajaan untuk menyediakan kemudahan yang diperlukan rakyat.

“Saya pernah mengetengahkan isu ini beberapa kali dalam Persidangan DUN lalu, terima kasih Premier, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg kerana meluluskan peruntukan itu. Saya juga gembira dan bersyukur kerana kerajaan mendengar keluhan rakyat Kabong,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan