Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Dr Malcolm Mussen Lamoh bersama tetamu pada Majlis Simbolik Penyerahan Keperluan Perubatan Asas di Klinik Batang Ai di Batang Ai pada Selasa. Foto TVS

Keprihatinan PETRONAS terhadap prasarana klinik luar bandar amat dihargai

BATANG AI, 27 Ogos: Keprihatinan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) melalui Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) terhadap prasarana klinik luar bandar amat dihargai oleh masyarakat setempat.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan, Datuk Dr Malcolm Mussen Lamoh mengucapkan terima kasih kepada PETRONAS kerana memilih klinik di kawasan Batang Ai bagi melaksanakan CSR.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Ai berkata PETRONAS memainkan peranan penting bersama-sama kerajaan Sarawak menyediakan kemudahan kesihatan khasnya di klinik kesihatan luar bandar di seluruh negeri.

“PETRONAS yang memberi dana bagi mengadakan acara pada pagi ini dan objektif program seperti ini memang telah diusulkan di tempat-tempat lain tapi kawasan saya diberi peluang ini.

“Terima kasih kepada PETRONAS kerana telah memilih Batang Ai satu kawasan yakni klinik luar bandar perlu diberi keutamaan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui pemberita selepas Majlis Simbolik Penyerahan Keperluan Perubatan Asas di Klinik Batang Ai di sini, hari ini.

Program tersebut turut melibatkan rakan kongsi iaitu dari Badan Amal Tenaga Isteri-isteri (SABATI), sekali gus meningkatkan penjagaan kesihatan di luar bandar Sarawak.

Selain itu, beliau turut menyerahkan sumbangan RM10,000 kepada jawatankuasa Rumah Panjang Tuai Rumah Lawin untuk kegunaan rumah panjang tersebut. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan