Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menghadiri sidang kemuncak Autodesk Design & Make ASEAN Summit 2024, di sini hari ini. Foto Alexander Nanta Linggi (FB)

JKR sepadu teknologi BIM dalam 455 projek antara 2021 dan 2024

ByBernama

KUALA LUMPUR, 27 Ogos: Jabatan Kerja Raya (JKR) telah menyepadukan teknologi Pemodelan Maklumat Bangunan (BIM) ke dalam 455 projek, yang merangkumi pelbagai peringkat perancangan, reka bentuk dan pembinaan antara 2021 dan 2024, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Beliau berkata Pelan Strategik JKR 2021-2025 menyasarkan untuk melaksanakan BIM dalam 90 peratus projek bernilai melebihi RM10 juta.

“Komitmen ini menyerlahkan dedikasi kita terhadap kecekapan, ketepatan dan kemampanan dalam projek-projek yang dilaksanakan. Bagi memanfaatkan sepenuhnya kelebihan BIM ini, adalah penting untuk para kontraktor dan perunding di Malaysia mengintegrasikan teknologi ini ke dalam projek dan organisasi mereka.

“Ini akan membantu kita kekal berdaya saing di bawah Perjanjian Komprehensif dan Progresif untuk Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP), dengan kontraktor dan perunding asing boleh membida tender Malaysia, dan sebaliknya,” katanya pada sidang kemuncak Autodesk Design & Make ASEAN Summit 2024, di sini hari ini.

Beliau berkata dengan mengguna pakai BIM dan metodologi lanjutan lain, industri tempatan boleh meningkatkan keupayaannya, meningkatkan hasil projek dan mengekalkan kelebihan daya saing dalam pasaran global.

BIM ialah proses holistik mencipta dan mengurus maklumat untuk aset terbina, berdasarkan model tiga dimensi pintar dan didayakan oleh platform cloud sejak BIM menyepadukan data berstruktur dan berbilang disiplin untuk menghasilkan perwakilan digital aset merentas kitaran hayatnya, daripada perancangan dan reka bentuk kepada pembinaan dan operasi.

Nanta berkata semasa mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negara pada 7 Jun, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bahawa kerajaan akan melaksanakan BIM untuk projek-projek kerajaan dan swasta.

“Perdana Menteri menekankan kepentingan menangani kelewatan penyiapan projek dan menekankan keperluan untuk mengatasi cabaran ini dengan memasukkan teknologi baharu ke dalam proses kita. Penggunaan BIM adalah langkah kritikal ke arah meningkatkan kecekapan, ketepatan dan kejayaan keseluruhan projek,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan