Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dr. Abdul Rahman berkesempatan menggunakan perahu tambang di bawah prototaip e-sampan Sarawak Energy. Foto TVS

Hidupkan semula perkhidmatan perahu tambang

ByMahathir Haroun

KUCHING, 27 Ogos: Perkhidmatan perahu tambang di Sungai Sarawak perlu dihidupkan semula sebagai alternatif kepada masyarakat berulang-alik.

Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti) Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi berkata, ia pada masa sama akan menjadi produk ikonik dan menjadi tarikan dalam sektor pelancongan.

Malah menurutnya, rancangan untuk menghidupkan semula perkhidmatan perahu tambang sudah lama dirancang terutama selepas pembinaan beberapa jambatan merentasi Sungai Sarawak.

“Masyarakat kita di utara Kuching masih berulang-alik menggunakan perahu tambang.

“Pembinaan masjid sedikit sebanyak menjejaskan perkhidmatan perahu tambang, jadi kita perlu menghidupkannya semula dengan cara memodenkan perahu tambang supaya ada tarikan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Sesi Taklimat dan Pandu Uji Projek Prototaip E-Sampan Sarawak Energy di Masjid Hidayatul Rahman Kampung Gersik hari ini.

Dr. Abdul Rahman yang juga ADUN Pantai Damai menjelaskan, projek prototaip e-sampan di bawah Sarawak Energy merupakan inisiatif menghidupkan semula perkhidmatan perahu tambang.

“Kita perlu terus memodenkan perkhidmatan ini sebagai tarikan kepada sektor pelancongan.

“Walaupun Bandar raya Kuching semakin maju, kita tidak boleh melupakan warisan yang wujud sejak ratusan tahun,” ujarnya.

Turut hadir Naib Presiden Kanan Bahagian Khidmat Korporat Sarawak Energy Siti Aisah Adenan dan pemimpin masyarakat. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan