Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
PGO JBPM Sarawak menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian pada pukul 3.55 petang tadi. Foto, JBPM Sarawak.

Buaya sepanjang lima kaki dalam longkang depan rumah ditangkap di Sadong Jaya

ByYazid Ibrahim

KUCHING, 27 Ogos: Seekor buaya sepanjang lima kaki berjaya ditangkap pihak bomba di dalam longkang di hadapan sebuah rumah di Kampung Sungai Buluh, Sadong Jaya.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian pada pukul 3.55 petang.

“Reptilia itu ditangkap dengan menggunakan tali dan pita pelekat bagi memastikan tidak mengundang bahaya kepada orang awam dan anggota.

“Buaya itu kemudian dibawa ke balai sebelum diserahkan kepada Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) esok hari untuk tindakan selanjutnya,” kata kenyataan itu hari ini. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan