Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengarah Hutan Sarawak, Datu Hamden Mohammad ketika berucap dalam Persidangan Serantau Asia Pasifik mengenai Pemulihan Landskap 2024 di sebuah hotel di Kuching hari ini. Foto Nadim Bokhari (TVS)

APRC giat usaha pemulihan landskap hutan di Sarawak

ByWilly Jali

KUCHING, 27 Ogos: Persidangan Serantau Asia-Pasifik (APRC) berkaitan Pemulihan Landskap Hutan 2024 kali ini menekankan pemulihan landskap hutan sebagai inisiatif menyokong pemuliharaan dan pengurusan hutan yang mampan di Sarawak.

Pengarah Hutan Sarawak, Datu Hamden Mohammad berkata, pemuliharan landskap hutan bertujuan untuk memastikan ekosistem terus berkembang dalam usaha memelihara serta melindungi hutan di wilayah ini.

“Persidangan ini adalah untuk mengenal pasti dan mengukuhkan amalan baik pemulihan landskap hutan yang memberikan faedah jangka pendek, sederhana dan panjang kepada masyarakat tempatan.

“Selain itu, bagi memenuhi komitmen antarabangsa mengenai hutan, dan membantu mengurus hutan untuk memastikan landskap hutan yang sihat.

“Walaupun hutan kita menghadapi cabaran daripada penebangan hutan, degradasi, dan perubahan iklim, kita dapat memastikan ekosistem ini terus berkembang maju dan memberikan manfaat yang kita semua harapkan melalui pemulihan landskap hutan, ” kata beliau.

Beliau berkata demikian pada Persidangan Serantau Asia Pasifik mengenai Pemulihan Landskap 2024 di Hotel Riverside Kuching, di sini, hari ini.

Menurut Hamden, persidangan kali ini mengenengahkan visi untuk memastikan hutan cergas bagi menyampaikan fungsi semula jadi yang penting melalui ekosistem yang kompleks dan saling berkaitan.

“Hutan yang sihat memainkan peranan penting dalam mengawal selia iklim kita, menyediakan sumber penting dan menyokong ekosistem yang bertenaga.

“Malah, ia bertindak sebagai penyerap karbon semula jadi, menyerap dan menyimpan sejumlah besar karbondioksida atmosfera. Landskap yang sihat dan dipulihkan juga lebih berdaya tahan terhadap iklim ekstrem seperti banjir, kemarau dan kebakaran hutan.” ujar beliau.

Bertemakan HUTAN 2024 Hutan Sebagai Juara: Menggunakan Pemulihan untuk Ketahanan Global, persidangan itu berlangsung selama tiga hari bermula hari ini, 27 Ogos hingga 29 Ogos 2024.

Persidangan yang mendapat kerjasama daripada Jabatan Hutan Sarawak dan Pertubuhan Kayu Tropika Antarabangsa (ITTO) itu uga akan menyaksikan sebanyak 18 kertas kerja dibentangkan oleh pakar dan pihak berkepentingan dari Malaysia, Jepun, Indonesia, China, New Zealand, Thailand, Vietnam, Belanda dan negara lain.

Sehubungan itu, beliau mendedahkan Kerajaan Sarawak optimis menjalin kerjasama yang berterusan dengan organisasi antarabangsa dalam usaha mencapai pengurusan hutan yang mampan.

“Kami telah bekerjasama dengan FAO, UNDP, Global Environment Facility (GEF), ITTO, Agensi Jerman untuk Kerjasama Teknikal (GTZ) dan lain-lain.

“Kerjasama ini telah memainkan peranan penting dalam membentuk pendekatan kami terhadap pemulihan landskap hutan,” katanya lagi.-TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan