Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengadakan lawatan ke Makmal Ujian Industri Nasional 4.0 (Pembuatan Canggih) Swinburne-CSIRO bagi melihat proses pembuatan bahan mentah canggih di fasiliti tersebut. Foto, Aziz Soleh (TVS).

Abang Johari mahu lebih ramai anak Sarawak dalami bidang STEM

MELBOURNE, 27 Ogos: Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata lebih ramai pelajar Sarawak diperlukan untuk mempelajari jurusan teknologi.

Jelas Premier Sarawak itu, pelajar juga perlu mendalami jurusan Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM) bagi memajukan bidang teknologi di wilayah berkenaan.

“Jurusan STEM penting dan saya berharap anak-anak kita yang masih di sekolah mendalami subjek berkenaan.

“Perkara yang kita dengar tadi, semuanya memerlukan STEM, kalau tak tahu bagaimana,” kata Abang Johari.

Abang Johari berkata demikian kepada TVS selepas melawat Makmal Ujian Industri Nasional 4.0 (Pembuatan Canggih) Swinburne-CSIRO yang mengeluarkan bahan mentah canggih di sini hari ini.

Lawatan ke sini merupakan sebahagian daripada atur cara Abang Johari sempena lawatan rasmi lima hari beliau ke Australia bermula semalam.

Turut mengiringi Abang Johari ialahTimbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak, Datuk Dr Hazland Abang Hipni dan Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki.

Terdahulu Abang Johari turut bertemu pelajar Malaysia yang menuntut di Swinburne University of Technology, Kampus Hawthorne di sini.

Sesi berkenaan yang dihadiri seramai 18 penuntut universiti berkenaan yang berasal dari Sarawak, Johor dan Perak.

Pada sesi itu, Abang Johari turut berkongsi perancangan Kerajaan Sarawak berkaitan industri aeroangkasa dan sektor tenaga baharu kepada kumpulan pelajar berkenaan.

Sementara itu beliau berkata, pelajar yang menghadiri sesi itu banyak yang mengambil jurusan perniagaan.

“Saya tidak kata mereka tidak diperlukan namun pada masa sama, kita mesti mengeluarkan anak Sarawak yang arif dan tahu mengenai teknologi,” katanya. -TVS.

 

Wartawan TVS, Radzi Ahmad bersama jurukamera, Aziz Soleh melaporkan dari Melbourne, Australia.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan