Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Clarkson Evans Tom diraikan selepas memenangi pingat emas. Foto TVS

Tom permata tinju Sarawak

ByTVS

KUCHING, 26 Ogos: Tidak diletakkan harapan tinggi untuk meraih pingat emas namun Clarkson Evans Tom berjaya mengharumkan nama Sarawak selepas memenangi acara tinju kategori 45-48 kilogram (kg) pada Sukan Malaysia (SUKMA) XXI.

Pengurus Pasukan Tinju SUKMA Sarawak XXI, Gulbudin Hekmateyer Rahman berkata, Tom atau nama islamnya Muhammad Irfan Tom mula terlibat dengan tinju ketika berada di Sekolah Henry Gurney dan kemudiannya bersama kem tinju Sarawak.

Menurutnya, petinju muda tersebut juga pada mulanya bukan pilihan untuk meraih pingat emas kerana lawan bagi kategori yang disertainya berkualiti dan berpengalaman terutama dari Pulau Pinang dan Sabah.

“Ketika menyertai beberapa kejohanan sebelum ini, petinju dari kedua-dua negeri ini (Pulau Pinang dan Sabah) selalu menyekat impian Tom untuk menjadi juara terutama petinju Pulau Pinang,” katanya.

Pada SUKMA XXI menurutnya, Tom diundi bertemu musuh ketatnya di dalam gelanggang dari Pulau Pinang.

“Rekod pertemuan antara kedua-dua mereka lebih memihak kepada petinju Pulau Pinang dan Tom tidak pernah menang.

“Malah Tom sering kali menangis apabila tewas kepada lawan ini,” ujarnya.

Bagaimanapun Gulbudin berkata, SUKMA kali ini menyaksikan Tom melakukan kejutan.

“Corak pertarungan dan taktikal Tom bijak dan berjaya menghadiahkan pingat emas kepada Sarawak,” jelasnya.

Beliau berharap Tom akan terus berjaya dan menumpukan perhatian kepada SUKMA 2026 di Selangor.-TVS

Tags: emas, sukma, tinju, tom

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan