Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Operasi SAR yang memasuki hari keempat, disambung hari ini dengan meneruskan teknik flushing di lurang kelima. Foto Bernama

Tanah Jerlus: SAR hari keempat fokus lurang kelima

ByBernama

KUALA LUMPUR, 26 Ogos: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita warga India dalam insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India yang memasuki hari keempat, disambung hari ini dengan meneruskan teknik flushing di lurang kelima.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur memaklumkan teknik itu, dilakukan secara berperingkat sejak petang semalam.

“Bagaimanapun, setelah dua kali teknik flushing dilakukan, mangsa masih belum ditemukan dan pada sebelah malam (semalam) pihak Indah Water Konsertium telah memulakan flushing yang dilaksanakan di lurang kelima dan mengambil masa sehingga jam 2 pagi (26 Ogos).

“Pencarian oleh pasukan SAR akan disambung pada pagi ini,” menurut kenyataan DBKL hari ini.

Sementara itu, tinjauan Bernama mendapati anak kepada wanita berkenaan yang dikenali sebagai Surya, 26, dilihat berada di lokasi pencarian kira-kira pukul 9 pagi, bagi mengikuti perkembangan SAR.

Tinjauan di sekitar kawasan insiden turut mendapati kebanyakan premis perniagaan masih lagi ditutup dan hanya segelintir peniaga memulakan operasi setakat  9 pagi tadi.

Pengamal media turut berada di lokasi seawal 8 pagi tadi, bagi mengikuti perkembangan lanjut operasi tersebut.

Insiden pada pagi Jumaat lepas menyaksikan mangsa yang dikenali sebagai Vijayaletchumy, 48, hilang selepas terjatuh ke lubang sedalam lapan meter akibat tanah jerlus di Jalan Masjid India.

Mangsa, yang berada di negara ini bersama keluarga untuk melancong, dilaporkan sedang berjalan di kawasan berkenaan untuk ke sebuah kuil berhampiran bagi bersarapan sebelum kejadian itu berlaku. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan