Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebanyak 30 bungkusan dadah jenis syabu seberat 31.4 kilogram bernilai lebih RM1 juta yang dirampas polis menerusi serbuan di negeri ini minggu lalu. Foto IPD Pulau Pinang

Sindiket dadah antarabangsa tumpas, polis rampas syabu bernilai RM1 juta

GEORGE TOWN, 26 Ogos: Polis berjaya menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah antarabangsa selepas memberkas lima suspek bersama kira-kira 31.4 kilogram (kg) dadah bernilai lebih RM1 juta menerusi operasi terancang di negeri ini minggu lalu.

Operasi tiga hari bermula 20 Ogos oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang itu membabitkan penahanan empat lelaki warga asing dan seorang lelaki warga tempatan berusia 23 hingga 40 tahun.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, pihaknya merampas 30 bungkusan plastik berwarna keemasan bertulis ‘Guanyinwang Refinded Chinese Tea’ mengandungi dadah yang bersedia untuk dikirim ke negara jiran.

“Bungkusan plastik itu di dalamnya berisi ketulan dan serbuk kristal disyaki syabu seberat 31.41 kg bernilai RM1,037,000.

“Jumlah rampasan dianggarkan boleh digunakan oleh seramai 150,000 penagih dadah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, siasatan lanjut mendapati, sindiket yang didalangi warga asing terbabit didapati bergiat aktif di sekitar negeri ini dan Kedah sejak Januari lalu.

“(Ahli) sindiket menjalankan pengedaran dadah jenis syabu untuk dihantar ke pasaran luar negara.

“Modus operandi adalah dengan mengambil upah menghantar syabu dari pengedar-pengedar tempatan ke pasaran negara jiran menggunakan jalan laut,” katanya lagi.

Tambah beliau, kesemua suspek yang tiada rekod lampau itu bagaimanapun negatif dadah hasil ujian saringan air kencing.

Polis turut menyita dua kereta dan sebuah motosikal bernilai RM26,500 bersama wang tunai RM4,000.

Kesemua suspek direman selama seminggu sehingga 27 Ogos depan bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan