Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri KPDN Datuk Armizan Mohd Ali bercakap dalam sidang media selepas mengadakan Mesyuarat Isu Bekalan Minyak Petrol Ron97 bagi Kenderaan Pelancong Brunei/Indonesia di sini, hari ini. Foto TVS

Seleweng diesel di Sibu, KPDN bekerjasama dengan SPRM

BySalasiah Safian

MIRI, 26 Ogos: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menangani isu penyelewengan diesel di Sibu.

Menterinya Datuk Armizan Mohd Ali berkata, ketika ini siasatan dijalankan oleh SPRM berkaitan diesel yang dipercayai diseludup ke luar negara.

“Jadi kita serahkan kepada SPRM untuk buat kenyataan susulan kerana ada sebahagian sindiket itu masih beroperasi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas hadir Mesyuarat Isu Bekalan Minyak Petrol Ron97 bagi Kenderaan Pelancong Brunei/Indonesia di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Armizan berkata, kegiatan berkenaan melibatkan implikasi kewangan kepada kerajaan.

“Keuntungan atas angin (yang dikutip) penyeludup itu cukup besar dan merugikan rakyat khususnya di Sarawak ini.

“Kerana subsidi itu sebenarnya adalah untuk rakyat kita di Sarawak ini,” katanya.

Tambah Armizan, siasatan akan meliputi keseluruhan rantaian sindiket penyeludupan diesel yang dipercayai telah beroperasi sejak 2012.

Pada 25 Ogos 2024, SPRM menahan reman dua beradik pengusaha stesen minyak di Sibu kerana disyaki terbabit sindiket penyeludupan minyak diesel bersubsidi dan merasuah pegawai agensi penguat kuasa bagi mengelak dikenakan tindakan penguatkuasaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan