Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Dr Abdul Rahman bersalaman dengan pemain Liga Limbang. Foto TVS

RM1.5 juta diperlukan baiki trek balapan daif

LIMBANG, 26 Ogos: Peruntukan tambahan lebih RM1.5 juta diperlukan untuk membaiki trek balapan daif di Kompleks Sukan Limbang yang merupakan venue utama untuk kejohanan di utara Sarawak.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata kerja pembaikan trek balapan itu bermula bulan depan dan hanya melibatkan keluasan 100 meter sahaja dengan kos RM500,000 daripada Kerajaan Persekutuan menerusi Kementerian Belia dan Sukan.

Menurutnya, peruntukan tambahan amat diperlukan untuk membolehkan kerja pembaikan trek balapan dilaksanakan secara menyeluruh.

“Kita berterima kasih kepada Kerajaan Persekutuan yang memberi peruntukan sejumlah RM500,000 untuk membaik pulih trek balapan di kompleks sukan ini tetapi ia tidak mencukupi. Peruntukan hanya dapat membaik pulih sepanjang 100 meter dan anggaran keseluruhan dalam lingkungan RM1.5 juta hingga RM2 juta.

“Saya berharap Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Belia dan Sukan dan Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan di Sarawak menyediakan peruntukan tambahan agar projek pembaikan trek balapan ini dapat diteruskan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas perasmian Kejohanan Bola Sepak Liga Limbang 2024 di Kompleks Sukan Limbang petang semalam.

Dr. Abdul Rahman yang juga ADUN Bukit Kota turut berharap Kerajaan Sarawak dan Kerajaan Persekutuan dapat melihat keperluan prasarana sukan di Limbang yang perlu dinaik taraf dan dibina.

Menurutnya, pada masa ini Limbang mempunyai beberapa kemudahan dan prasarana sukan seperti kolam renang, kompleks sukan, stadium tertutup dan kemudahan sukan di kawasan kampung.

“Kita sedang mengenal pasti beberapa kemudahan seperti padang bola sepak untuk dinaik taraf bagi supaya dapat menjadi venue utama kejohanan berprestij pada masa akan datang,” ujarnya.

Turut sama Residen Limbang Yunus Tambi dan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Limbang (LFA) Frederick Lalung.-TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan