Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengarah JAPEN Malaysia Sarawak, Helmy Hamid semasa sesi bergambar bersama-sama pelajar. Foto TVS

Pupuk semangat patriotisme masyarakat

MIRI, 26 Ogos: Jabatan Penerangan (JAPEN) Malaysia Sarawak dengan Kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dan Kelab Malaysiaku menganjurkan Program PENTARAMA X Kelab Malaysiaku di sekolah terpilih.

Program julung kali diadakan itu merupakan sebahagian aktiviti yang dianjurkan di setiap perhentian Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) Peringkat Sarawak bagi memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia di negeri ini.

Pengarah JAPEN Malaysia Sarawak, Helmy Hamid berkata ia merupakan program rintis yang melibatkan sekolah di beberapa negeri seperti Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak.

“Untuk makluman, penganjuran program ini sebenarnya merupakan perintis yang melibatkan sekolah di beberapa negeri seperti Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak. SMK Chung Hua Miri merupakan sekolah pertama di Sarawak yang melaksanakan program ini dan kita amat berbesar hati atas komitmen dan kerjasama semua pihak,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Program KMJG Peringkat Sarawak di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chung Hua Miri pada Isnin.

Program PENTARAMA X Kelab Malaysiaku merupakan salah satu usaha JAPEN Sarawak bagi memupuk semangat kenegaraan dan patriotisme kepada setiap lapisan masyarakat melalui penganjuran pelbagai program sempena Bulan Kebangsaan 2024.

Beliau menyeru setiap pihak menunjukkan semangat cinta kepada tanah air dengan kibaran Jalur Gemilang melalui ‘Inisiatif Satu Rumah Satu Jalur Gemilang’ bagi meningkatkan penglibatan rakyat dalam menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan 2024.

Konvoi ini akan meneruskan perjalanan bagi fasa dua bermula dari Ibu Pejabat JAPEN Sarawak ke Bintulu bermula 25 Ogos dan ke beberapa daerah lain seperti Miri, Lawas, Limbang, Tatau, Mukah, Tanjung Manis seterusnya berakhir di Sibu pada 31 Ogos. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan