Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang peserta program larian yang diadakan di sekitar Teluk Cempedak pada Sabtu lepas, meninggal dunia akibat strok haba. Foto hiasan Envato

Peserta larian meninggal dunia akibat strok haba

ByBernama

KUANTAN, 26 Ogos: Seorang peserta program larian yang diadakan di sekitar Teluk Cempedak pada Sabtu lepas, meninggal dunia akibat strok haba di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini semalam.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) Datuk Dr Rusdi Abd Rahman berkata hasil siasatan mendapati punca kematian pemuda berusia 20 tahun itu disebabkan strok haba dengan kegagalan pelbagai organ.

Beliau berkata mangsa dipercayai telah pergi ke Hutan Bukit Pelindung di sini pada Sabtu untuk aktiviti larian mendaki yang bermula 6.40 pagi sebelum ditemukan tidak sedarkan diri oleh orang awam di kawasan laluan trek pejalan kaki di hutan berkenaan kira-kira 3 petang.

“Mangsa dalam keadaan kritikal ketika dikejarkan ke HTAA dan segera diberikan rawatan sebelum dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).

“Keadaan mangsa semakin tenat walaupun rawatan optimum telah diberikan dan menghembuskan nafas terakhir pada 9.39 malam, 25 Ogos dan punca kematian adalah strok haba dengan kegagalan pelbagai organ,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kes kematian pertama akibat strok haba di negeri itu melibatkan seorang anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) yang menjalani latihan di Maran pada 2 Feb lepas.

Dr Rusdi berkata hingga kini jumlah kes berkaitan cuaca panas di Pahang pada tahun ini sebanyak 18 kes dengan 14 kes melibatkan kelesuan haba manakala empat kes strok haba dengan dua kematian.

Beliau berkata suhu harian bagi negeri itu berdasarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam keadaan terkawal iaitu kurang daripada 35 darjah Celsius dan julat suhu pada hari kejadian lingkungan 24 hingga 33 darjah Celsius.

“JKNP menasihatkan orang ramai sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelak komplikasi berikutan cuaca panas lebih-lebih lagi apabila beriadah atau menjalankan aktiviti luar,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan