Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki tempatan berumur 36 tahun telah ditahan polis bagi membantu siasatan.

Pembonceng maut dalam kemalangan motosikal dan kereta

KUCHING, 26 Ogos: Seorang pembonceng motosikal maut dalam kemalangan jalan raya membabitkan sebuah motosikal dan sebuah kereta di Jalan Tun Patinggi Abang Haji Salahuddin di sini awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Kuching, Pemangku ACP Mohd Farhan Lee Abdullah berkata dalam kemalangan pada kira-kira 1.30 pagi mangsa merupakan warga tempatan berumur 17 tahun.

“Pembonceng motosikal disahkan meninggal dunia di Hospital umum sarawak pada 2.29 pagi oleh pihak paramedik Hospital Umum Sarawak,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau merbahaya sehingga menyebabkan kematian yang boleh membawa hukuman penjara selama 10 tahun dan denda sebanyak RM50,000.

Pemandu kereta yang merupakan seorang lelaki tempatan berumur 36 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan dengan kejadian diminta untuk tampil membantu siasatan dengan menyalurkan maklumat kepada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasan Trafik , Ibu Pejabat Daerah Kuching atau balai-balai berdekatan di talian 082-259900 atau berhubung dengan Inspektor Charlie Aloysious di talian 014-8682068.

“Orang ramai dinasihati untuk berhati-hati memandu di jalan raya khususnya waktu hujan kerana jalan licin dan faktor-faktor lain yang tidak dapat dijangka,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan